Wednesday, April 27, 2011

Move on

dah beberapa hari. memang patut sedar diri.

mungkin dia bukan yang satu.
:)

Monday, April 25, 2011

Dilema

saya tak tahu macam mana nak describe macam mana head over heels saya dekat awak.


esok saya ada paper pukul 8.30 pagi tapi awak buat saya duduk tak diam.


tak pernah macam ni. ok, ni semua salah awak.

Saturday, April 23, 2011

Tahi burung

sabtu hujung minggu memang meriah sungguh dengan pasar malam Bangi. kalau siang hari nak berjalan tu rasa eyyy sakit bebenor dah lutut ni. tapi bila pasar malam pusing 2 kali memang tak de hal lah.

nasi kerabu sampai empat bungkus bella rembat. jadi pulak pelanggan terakhir, ada la hadiah percuma dapat. tapi, itu semua jiran dia yang punya, masa beli sengaja hulur 50 ringggit, bukan apa, dilemma takut salah bagi duit, apa benda dia cakap kami ia kan aja.padehal nasi kerabu se je yang kami faham.

berjalan la lagi, kiri kanan tangan ada plastik. misi nak cari bihun goreng rm2.50 tapi banyak tak berjaya. 2 kali setengah kami pusing. cuti isteri bersalin gamaknya.

berjalan lah dengan harapan yang hampa. dan sejurus selepas itu, bagaikan menuggu bulan jatuh ke riba, titisan lain pula yang jatuh ke kepala.
sekian.

Terima kasih

walaupun sekejap, saat dan ketika tetap saya ingat :)



*google




awak senyum dan minta no fon.


Friday, April 22, 2011

Gian

kalau nak rasa educated sikit rasanya sebut lah addicted kot. tapi kot je la. saya belajar pun tak berapa nak gunung kinabalu setakat bukit larut ada la kot.itu pun teringat dulu trip satu batch naik bukit larut, separuh jalan je lepas tu naik jip. suruh pakcik drebar tu stop 100 m sebelum puncak sebab kononya berjaya sampai atas.kawan-kawan semua pun nak tepuk tangan dan buat muka 'woaaaaaa' sebab saya sampai atas. ye lah dengan fizikal yang tak berapa nak mengizinkan dah sampai atas tu memang kejayaan tahap dapat anugerah bintang popular. tapi idak le nak popular macam shahezy sam.

apa benda gian saya nak cerita tadi dah terlupa. asyik-asyik nak terlupa sebab tu periksa tak pernah dapat 4 rata. sebalik kefahaman tipu lah kalau tak hafal masa nak jawab periksa. ok lupa lagi gian sebab apa.


saya perasan, saya comment gambar awak dekat facebook, walaupun girlfriend awak ada comment, tapi awak tak reply pun. tapi saya comment awak reply :)
perasan tak berapa perasannya saya sekarang? perasan tak? tak?
ok bai.

Thursday, April 21, 2011

Jatuh hati

bukannya apa. kalau mata dah asyik nak nampak orang yang sama, asal bercakap rasa dia depan mata, tersenyum sorang-sorang, mandi rasa basah, makan terlebih kenyang, bila telefon berdering ring ring ring rasa dia yang mesej, ahh awak la punya pasal.

kepada awak yang pakai jam fossil, tiff & co ring, shirt stripes red and white dan yang lain saya dah tak perasan sebab asyik tengok muka awak je, saya macam tersuka dekat awak :)




walaupun saya tahu awak dah macam ada girlfriend.

Wednesday, April 20, 2011

Yang kedua.

hai :)

saya guna link address yang lama sebab dah malas nak fikir. bukan apa, jari dah rasa menggatal nak ada blog semula. dah kenapa delete yang lama saya terlupa.

setiapa apa yang terjadi, ada sebabnya dan ada hikmahnya. kalau nak bersedih ambil la masa sekejap dan selepas itu senyum lah kerana sesuatu yang bermakna telah terjadi. kalau tak, tak ada lah benda yang awak nak ingat, ketawa atau menangis sendiri.

peluang yang ada kita rebut. kalau terlepas tunggu lah untuk yang kedua.

blog untuk keduanya ini lahir sebab saya rasa macam dah tersuka sesuatu.
ya, sesuatu yang buat saya terseyum.
:)